Working: 8.00am - 5.00pm
Featured
CRM
Customer Relationship Management (CRM)
Daripada pelanggan sekali beli, kepada pelanggan setia yang datang balik.
-
Objektif Bengkel
- Membina pangkalan data pelanggan yang kemas, walaupun bermula dari sifar.
- Menguasai alat CRM kos rendah — WhatsApp Business, Google Sheets dan sistem POS sedia ada.
- Meningkatkan jualan berulang melalui strategi pengekalan pelanggan yang boleh terus dilaksana.
Pengisian Program
8 modul · teori ringkas, amali panjang1 . Kenapa CRM Penting Untuk Perniagaan Kecil
Kos dapat pelanggan baharu vs kekalkan pelanggan sedia ada · prinsip 80/20 · mitos “CRM hanya untuk syarikat besar”.
2. Kenali Pelanggan Anda
Profil pelanggan · segmentasi: baharu, berulang, VIP, tidur · memetakan perjalanan pelanggan perniagaan sendiri.
3. Bina Pangkalan Data Pelanggan
Data yang perlu dikumpul · kaedah kumpul tanpa menyusahkan pelanggan: QR, resit, borang, WhatsApp · asas PDPA.
4. Alat CRM Kos Rendah · Amali
WhatsApp Business: label, katalog, mesej automatik, broadcast · template Google Sheets · CRM percuma & fungsi POS.
5. Kekalkan & Tambah Nilai Pelanggan
Program kesetiaan yang praktikal · upsell & cross-sell · kempen tarik balik pelanggan tidur · ulasan, testimoni & rujukan.
6. Urus Aduan & Pulih Kepercayaan
Teknik kendali aduan · membalas ulasan negatif Google & Facebook · menukar pelanggan marah kepada pelanggan setia.
7. Ukur Kejayaan CRM
Empat metrik mudah: kadar pembelian berulang, nilai seumur hidup pelanggan, kadar pengekalan, masa tindak balas.
8. Bengkel Pelan Tindakan · Amali
Setiap peserta membina template pangkalan data sendiri dan menulis tiga tindakan CRM untuk 30 hari pertama.
Template pangkalan data pelanggan yang sudah siap diisi Akaun WhatsApp Business yang sudah ditetapkan Pelan tindakan CRM 30 hari untuk perniagaan sendiri
Fasilitator
Nama Penuh : Dr. Khairol Anuar bin Ishak
Kelayakan akademik PhD (Franchise Management)
Bidang kepakaran MIS, Strategic Management, Relationship Management
Pengalaman melatih usahawan PMKS : MARA, KEDA, CEDI
Pendaftaran
Terhad kepada 20 peserta sahaja.
Anjuran: NCER