Working: 8.00am - 5.00pm

Social Entrepreneurship SBM-PUNB
Program PUNB-SBM, UUM Social Entrepreneurship Unichallenge 2024. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak iaitu PUNB, Usahawan komuniti di sekitar Kubang Pasu, Pensyarah serta pelajar SBM, UUM di Pusat Pengajian dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan serta penglibatan Unit Komunikasi Korporat , UUM.
Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) dengan dibantu oleh Unit Komunikasi Korporat (UUM) akan menganjurkan Program PUNB-SBM, UUM Social Entrepreneurship Unichallenge 2024. Program ini dianjurkan secara bersama PUNB dalam membantu pelbagai pihak terutama pelajar dan juga komuniti usahawan mikro setempat untuk menambahbaik perniagaan usahawan-usahawan mikro. Program ini bertujuan untuk melatih para pelajar mempraktikkan ilmu keusahawanan dan pengurusan yang dipelajari dalam dewan kuliah untuk dipraktikkan bersama usahawan mikro dengan bantuan pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan.
“Pertandingan di antara kumpulan yang terlibat dari aspek kreativiti & inovasi, kemajuan perniagaan usahawan yang di bantu, serta ilmu yang dilatih serta dipraktikkan oleh pelajar serta usahawan terlibat.”
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Penaja Utama
Program ini di adakan bagi mencapai objektif berikut:
Memupuk pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar.
Memberi peluang bagi pelajar mempraktiskan nilai dan kemahiran keusahawan dari peringkat awal sehingga praktikal.
Mendedahkan pensyarah serta pelajar kepada usaha melaksanakan aktiviti perniagaan dengan mengaplikasikan ilmu keusahawanan melalui penglibatan perniagaan diperingkat mula (starts-up) dan menambahbaik perniagaan usahawan mikro.
Memberi ruang kepada pensyarah, pelajar untuk mempraktikkan ilmu keusahawanan di lapangan.


Fasa Perlaksaaan (Oktober - Disember 2024)
Melalui pendekatan ini, pelajar bukan sahaja dapat memperkukuhkan pengetahuan teori mereka dengan pengalaman praktikal, tetapi juga memberikan impak positif kepada komuniti setempat. Program ini selaras dengan objektif UUM untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mampu memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat melalui inovasi dan keusahawanan. Program ini akan dilaksanakan bagi 5 Fasa:
Fasa 1 - Pembentukan Kumpulan daripada pelajar UUM sebagai Konsultan Muda - SBM UUM
Fasa 2 - Latihan diberikan kepada Konsultan Muda dan Usahawan Mikro - UUM / PUNB
Fasa 3 - Perlaksanaan Penambahbaikan dan Pemantauan Usahawan Mikro terpilih.
Fasa 4 - Penilaian kepada Usahawan dan Konsultan Muda
Fasa 5 - Pembentangan projek dan penyampaian sijil serta hadiah kepada pemenang kumpulan Konsultan Muda terbaik

2 Pensyarah selaku Konsultan – Leader dan Member
5 Pelajar yang terpilih selaku “Konsultan Muda”
1 Orang Usahawan Mikro Sekitar Kubang Pasu, Kedah
Latihan Konsultan Muda & Usahawan Mikro – UUM/PUNB
Perlaksanaan Penambahbaikan dan Pemantauan
Program Konsultan Muda ini diharap dapat mencapai objektif utamanya iaitu memberikan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam situasi dunia nyata, sambil membantu usahawan mikro meningkatkan pendapatan dan kemajuan perniagaan mereka. Program ini bukan sahaja memperkasakan pelajar dengan pengalaman praktikal dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, tetapi juga memberi manfaat kepada komuniti setempat, khususnya di Kubang Pasu. Secara keseluruhan, ia mencerminkan usaha kerjasama antara akademik dan industri untuk membina ekosistem keusahawanan yang lebih dinamik dan menyokong pembangunan ekonomi tempatan.