CRM

Customer Relationship Management (CRM)

Daripada pelanggan sekali beli, kepada pelanggan setia yang datang balik.

  1. Objektif Bengkel

    1. Membina pangkalan data pelanggan yang kemas, walaupun bermula dari sifar.
    2. Menguasai alat CRM kos rendah — WhatsApp Business, Google Sheets dan sistem POS sedia ada.
    3. Meningkatkan jualan berulang melalui strategi pengekalan pelanggan yang boleh terus dilaksana.

 

Pengisian Program

8 modul · teori ringkas, amali panjang

1 . Kenapa CRM Penting Untuk Perniagaan Kecil

Kos dapat pelanggan baharu vs kekalkan pelanggan sedia ada · prinsip 80/20 · mitos “CRM hanya untuk syarikat besar”.

2. Kenali Pelanggan Anda

Profil pelanggan · segmentasi: baharu, berulang, VIP, tidur · memetakan perjalanan pelanggan perniagaan sendiri.

3. Bina Pangkalan Data Pelanggan

Data yang perlu dikumpul · kaedah kumpul tanpa menyusahkan pelanggan: QR, resit, borang, WhatsApp · asas PDPA.

4. Alat CRM Kos Rendah · Amali

WhatsApp Business: label, katalog, mesej automatik, broadcast · template Google Sheets · CRM percuma & fungsi POS.

5. Kekalkan & Tambah Nilai Pelanggan

Program kesetiaan yang praktikal · upsell & cross-sell · kempen tarik balik pelanggan tidur · ulasan, testimoni & rujukan.

6. Urus Aduan & Pulih Kepercayaan

Teknik kendali aduan · membalas ulasan negatif Google & Facebook · menukar pelanggan marah kepada pelanggan setia.

7. Ukur Kejayaan CRM

Empat metrik mudah: kadar pembelian berulang, nilai seumur hidup pelanggan, kadar pengekalan, masa tindak balas.

8. Bengkel Pelan Tindakan · Amali

Setiap peserta membina template pangkalan data sendiri dan menulis tiga tindakan CRM untuk 30 hari pertama.

Template pangkalan data pelanggan yang sudah siap diisi   Akaun WhatsApp Business yang sudah ditetapkan   Pelan tindakan CRM 30 hari untuk perniagaan sendiri

Fasilitator

Nama Penuh :  Dr. Khairol Anuar bin Ishak
Kelayakan akademik PhD (Franchise Management)
Bidang kepakaran MIS, Strategic Management, Relationship Management

Pengalaman melatih usahawan PMKS : MARA, KEDA, CEDI

Pendaftaran

Terhad kepada 20 peserta sahaja.
Anjuran: NCER